Rally Pasaran Saham Dipacu oleh Teknologi: Saham AS mencatatkan kenaikan yang ketara minggu ini, menamatkan siri kerugian selama tiga minggu berturut-turut, terutamanya didorong oleh keuntungan kukuh daripada syarikat teknologi. Tesla, Microsoft, dan Alphabet semua melebihi jangkaan pasaran, melonjakkan keyakinan ke dalam sektor teknologi. Indeks Nasdaq 100 melonjak hampir 4%, S&P 500 naik sebanyak 2.70%, manakala Indeks Industri Dow Jones meningkat sebanyak 0.70%.
Pertumbuhan KDNK AS Perlahan: Pada suku pertama, ekonomi AS berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh dua tahun, selari dengan trend kelembapan global dan menimbulkan kebimbangan stagflasi memandangkan data inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan. Walau bagaimanapun, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen, memberikan optimisme, beliau menyatakan kemungkinan berlaku semakan ke atas angka pertumbuhan KDNK dan insflasi dijangka stabil pada paras yang lebih normal, walaupon berdepan dengan kekangan sementara
Yen Jatuh ke Paras Terendah Baru: Mata wang Yen Jepun telah jatuh ke paras terendah dalam beberapa dekad berbanding dengan dolar AS, susulan mesyuarat dasar monetari Bank Jepun baru-baru ini yang tidak memberikan sebarang isyarat jelas mengenai kenaikan kadar faedah. Selain itu, angka inflasi Tokyo berada di bawah jangkaan, sekali gus melonjakkan pasangan mata wang USDJPY sehingga mencecah paras ¥158.
Harga Minyak Pulih: Harga niaga hadapan minyak mentah mencatatkan peningkatan mingguan pertama selepas merosot selama tiga minggu berturut-turut, melonjak sebanyak 1.74%. Peningkatan harga ini didorong oleh ketegangan yang meningkat di Timur Tengah, terutamanya konflik Israel-Hamas, dan penurunan yang ketara dalam inventori minyak mentah AS, merosot kepada tahap terendah sejak Januari yang lalu.
Sukakan artikel terbaru kami? Kongsi dengan rakan dan pengikut anda!
Penafian: Sebarang bahan dan maklumat yang disertakan di sini adalah bertujuan untuk tujuan pemasaran umum sahaja dan tidak membentuk nasihat atau syor pelaburan mahupun jemputan untuk memperoleh sebarang instrumen kewangan dan/atau terlibat dalam sebarang urus niaga kewangan. Pelabur bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko keputusan pelaburannya dan jika difikirkan sesuai, pelabur harus mendapatkan nasihat profesional bebas yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan. Analisis dan ulasan yang dibentangkan tidak termasuk sebarang pertimbangan tentang objektif pelaburan peribadi anda, keadaan kewangan atau keperluan. Sila baca Penafian Penyelidikan Pelaburan Bukan Bebas penuh di sini.
Pendedahan Risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa tahap risiko kehilangan wang yang tinggi. Baca Pendedahan Risiko penuh di sini .
Forex (dibentuk dengan menggabungkan istilah “matawang asing” dan “pertukaran”), yang juga dikenali sebagai Pasaran Dagangan Matawang, Pasaran Forex, atau ringkasnya FX, ...
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Baca Pendedahan Risiko Penuh di sini.