Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Indeks Dolar AS (USDX) kini dilihat sedang melengkapkan struktur pembetulan ABC, dengan harga berpotensi telah menamatkan Gelombang (c) berhampiran zon sokongan utama.
Lantunan semasa menunjukkan pembeli mula kembali memasuki pasaran selepas harga berjaya mempertahankan kawasan sokongan Fibonacci.

Kawasan berwarna merah jambu berfungsi sebagai zon sokongan utama, di mana tekanan belian mula mengatasi tekanan jualan.
Selagi harga kekal di atas zon ini, kebarangkalian untuk USDX meneruskan kenaikan adalah lebih tinggi.
Pergerakan semasa juga menunjukkan pembentukan struktur impulsif baharu yang berpotensi membawa harga ke paras tertinggi yang baharu.
Sekiranya momentum kenaikan berterusan, sasaran awal berada berhampiran kawasan Fibonacci Extension 261.8%, sebelum harga berpotensi menguji dan melepasi paras tertinggi terdahulu.
Penembusan di atas paras rintangan utama akan mengesahkan kesinambungan trend bullish dan membuka ruang kepada pembentukan new high.
Histogram Awesome Oscillator (AO) menunjukkan keadaan convergence sebelum ini dan kini berpotensi membentuk bullish divergence.
Sekiranya divergence tersebut disahkan bersama peningkatan momentum positif, ia akan menjadi petunjuk awal bahawa pembetulan telah berakhir dan fasa kenaikan baharu sedang bermula.
USDX berkemungkinan telah menyelesaikan struktur pembetulan ABC dan kini berada dalam fasa pemulihan. Selagi harga kekal di atas zon sokongan utama, prospek keseluruhan masih memihak kepada kenaikan dengan sasaran untuk mencipta paras tertinggi baharu dalam tempoh terdekat.