Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Acara Penting Akan Datang:
Yang Menanti AS: Dalam minggu yang dipendekkan cuti karena Hari Peringatan, pembaruan utama termasuk perkiraan kedua GDP Q1 pada hari Khamis dan Indeks Harga Perbelanjan Pengguna (PCE) teras bulan April pada hari Jumaat. PCE yang lebih rendah dan data pendapatan/perbelanjaan yang lemah berpotensi meningkatkan jangkaan dengan menghidupkan kembali pertaruhan pengurangan kadar yang akan memberi kesan kepada dolar AS. Ucapan Pegawai Fed akan diawasi dengan teliti bagi mendapatkan petunjuk dasar monetari menjelang keputusan kadar daedah Fed pada 12 Jun.
Data Inflasi Zon Euro: Data Utama Indeks harga Pengguna (IHP) awal Mei, dikeluarkan pada hari Jumaat, penting untuk ECB membuat keputusan kadar faedah pada 6 Jun . Awal minggu ini, angka IHP Jerman dikeluarkan pada hari Rabu akan memberi gambaran awal tentang paras inflasi keseluruhan zon Euro. Walaupun jangkaan penurunan kadar pada bulan Jun, sebarang peningkatan mendadak dalam bacaan IHP Eropah boleh mengurangkan kebarangkalian tersebut akan menyokong euro.
Petunjuk Ekonomi Jepun: Jepun berdepan dengan pengucupan ekonomi pada suku pertama dan kadar inflasi yang perlahan, sekaligus menimbulkan persoalan tentang kenaikan kadar oleh BoJ pada musim panas nanti. Data IHP pada bulan Mei, pengeluaran perindustrian dan jualan runcit Tokyo akan menjadi kritikal dalam membentuk jangkaan pasaran dan menentukan sama ada BoJ akan mengekalkan pendirian semasa atau mempertimbangkan pelarasan dasar monetari.
CPI Australia Dan PMI China: Kadar CPI bulanan Australia akan dikeluarkan pada hari Rabu, penting untuk keputusan kadar RBA. Inflasi yang berterusan boleh memanjangkan pemulihan Aussie. Selain itu, jualan runcit Australia dan PMI China untuk bulan Mei akan mempengaruhi AUD. Jualan runcit yang mengecewakan mungkin menyokong permintaan untuk pengurangan RBA, terutamanya jika data inflasi menunjukkan penurunan.
Minggu ini pasaran akan mengikuti rapat data ekonomi & laporan pendapatan seperti:
Isnin:
Selasa:
Rabu:
Thursday:
Jumaat: