Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Yen Jepun Kukuh Selepas Kenyataan BoJ: Nilai Yen Jepun mengukuh selepas kenyataan daripada ahli lembaga Bank of Japan (BoJ), Seiji Adachi. Beliau menyatakan sokongan untuk menaikkan kadar faedah sekiranya Yen yang lemah menyebabkan peningkatan inflasi dan menekankan pengurangan pembelian bon secara berperingkat bagi membolehkan hasil bon jangka panjang mencerminkan isyarat pasaran dengan tepat.
Yen Jepun Mengukuh: Nilai Yen Jepun meningkat dengan pasangan mata wang USD/JPY jatuh di bawah paras ¥157 untuk setiap dolar. Yen pulih dari paras terendah selama empat minggu apabila penjualan secara besar-besaran dalam aset berisiko mendorong pembelian aset selamat. Yen juga mendapat sokongan daripada peningkatan hasil domestik, dengan hasil penanda aras kerjaan Jepun selama 10 tahun telah melonjak ke paras 1.1% minggu ini, iaitu yang tertinggi sejak Julai 2011.
Reaksi Dan Jangkaan Pasaran: Pedagang telah meningkatkan pertaruhan pada BoJ yang akan melaksanakan satu lagi kenaikan kadar faedah. Fokus kini tertumpu pada data inflasi Tokyo, yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat ini yang dianggap menjadi penunjuk utama trend harga oleh seluruh negara.
Tekanan Daripada Dolar Yang Kuat: Walaupun Yen menunjukkan kenaikan baru-baru ini, tetapi Yen masih berada di bawah tekanan daripada dolar yang kukuh dan hasil Perbendaharaan AS yang tinggi, dan jangkaan yang semakin meningkat bahawa kadar faedah AS akan kekal meningkat untuk tempoh yang panjang.
Kenyataan Hawkish Fed AS Dan Kekuatan Dolar AS: Komen daripada Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari mengenai kemungkinan kenaikan kadar akan menimbulkan kebimbangan, sekali gus mengekalkan jurang hasil antara AS dan Jepun. Dolar AS semakin kukuh disebabkan peningkatan hasil bon Perbendaharaan AS, didorong oleh peningkatan sikap menghindarkan risiko menjelang pengumuman data KDNK AS pada hari ini dan data Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi PCE Teras akan dikeluarkan esok.
Jangkaan Kadar Faedah Fed: Jangkaan untuk pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan tahun ini telah berkurang akibat inflasi yang berterusan, terbukti dengan peningkatan sentimen pengguna baru-baru ini. Pedagang kini melihat kebarangkalian 50% penurunan sebanyak suku mata menjelang akhir mesyuarat September ini.