Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Kripto menjadi tumpuan di seluruh dunia. Presiden Trump memuji Bitcoin secara terbuka, menggelarnya “menakjubkan” dan menyerlahkan potensinya untuk mengurangkan tekanan ke atas dolar AS. Di peringkat global, rakyat Bolivia beralih kepada kripto apabila inflasi menghakis mata wang tempatan mereka, manakala pengawal selia AS mempertimbangkan peranan Bitcoin dalam pinjaman gadai janji.
Sementara itu, ETF altcoin yang dikaitkan dengan Solana, XRP, dan Dogecoin mungkin akan memasuki pasaran tidak lama lagi, walaupun permintaan pelabur masih belum jelas. Dari segi teknikal, Bitcoin kekal di atas sokongan utama, namun peniaga memerhati dengan teliti kerana ia menghampiri zon penembusan kritikal.
Di sidang akhbar Rumah Putih, Presiden AS Donald Trump memuji Bitcoin, menggelarnya “menakjubkan” dan berkata, “Ramai mengatakan ia mengurangkan tekanan ke atas dolar, dan ia merupakan perkara yang hebat untuk negara kita.” Beliau menekankan bahawa industri kripto mencipta peluang pekerjaan dan semakin meluas digunakan untuk urus niaga pembayaran.
Penganalisis berpandangan bahawa kenyataa Trump menyentuh isu yang lebih mendalam: dolar AS ialah mata wang rizab utama dunia, yang bermaksud AS perlu terus menghantar dolar ke luar negara untuk menyokong perdagangan global. Untuk melakukan itu, AS sering mengalami defisit perdagangan yang besar dan mencetak lebih banyak wang—tindakan yang boleh melemahkan dolar dari masa ke masa. Bitcoin, dengan bekalan yang terhad, dilihat oleh sesetengah pihak sebagai alat yang boleh membantu mengurangkan kebergantungan global tehadap dolar dan mengehadkan penurunan nilai jangka panjangnya.
Trump juga pernah mencadangkan penggunaan Bitcoin untuk membantu membayar hutang negara, walaupun pakar menegaskan bahawa keseluruhan bekalan Bitcoin tidak akan mencukupi untuk menampung jumlah hutang AS yang mencecah $37 trilion.
Penerimaan kripto di Bolivia telah mengalami peningkatan yang mendadak, dengan transaksi berkembang daripada $46.5 juta pada awal 2024 kepada $294 juta pada separuh pertama 2025—lonjakan lebih 630 peratus. Apabila inflasi mencapai paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun dan Boliviano terus kehilangan nilai, ramai rakyat Bolivia beralih kepada stablecoin yang dipaut kepada dolar seperti USDT Tether untuk melindungi simpanan mereka dan membuat perbelanjaan harian.
Dengan kerajaan menarik balik sekatan ke atas saluran pembayaran aset digital, penggunaan kripto telah berkembang di seluruh negara. Semakin banyak perniagaan menetapkan harga barangan dalam dolar, dan ada yang menawarkan diskaun untuk pembayaran menggunakan Bitcoin. Trend ini menyerlahkan bagaimana mata wang digital menjadi alat praktikal untuk menguruskan ketidakstabilan ekonomi dan mengekalkan akses kepada nilai yang stabil.
Berikutan kejayaan ETF Bitcoin dan Ethereum, pengurus aset kini menyasarkan untuk melancarkan ETF yang dikaitkan dengan altcoin seperti Solana, XRP, dan Dogecoin. Beberapa cadangan ini berkemungkinan akan diluluskan tidak lama lagi, mencetuskan perdebatan mengenai sejauh mana minat yang akan dihasilkan.
Sesetengah penganalisis percaya ETF altcoin boleh mendapat momentum apabila pelabur mencari pendedahan yang lebih meluas dalam pasaran kripto, melebihi Bitcoin dan Ethereum. Yang lain kekal berhati-hati, memandangkan bahawa banyak altcoin masih kekurangan pengiktirafan arus perdana. Walau bagaimanapun, peningkatan minat institusi dan aktiviti kukuh dalam pasaran derivatif kripto menunjukkan bahawa ETF altcoin mungkin akhirnya akan mendapat tempat yang kukuh dalam kewangan tradisional.
Agensi Kewangan Perumahan Persekutuan (FHFA) sedang meneroka bagaimana pegangan mata wang kripto, seperti Bitcoin, boleh membantu rakyat Amerika layak untuk pinjaman perumahan. Apabila permohonan gadai janji menurun dan pemilikan rumah akan menjadi lebih sukar, FHFA sedang mempertimbangkan cara baharu untuk meluaskan akses kepada program pinjaman persekutuan.
Walaupun sesetengah pemberi pinjaman swasta sudah menerima kripto sebagai cagaran, pengiktirafan rasmi oleh FHFA boleh menandakan perubahan besar dalam dasar perumahan AS. Penyokong kripto berhujah bahawa ketelusan, kecairan, dan kebolehauditan awam Bitcoin menjadikannya aset ideal untuk pinjaman gadai janji. Dengan lebih 65 juta rakyat Amerika kini memiliki kripto, pengantarabangsaan aset digital ke dalam pembiayaan perumahan boleh membuka peluang baharu untuk segmen pembeli yang semakin berkembang.
Selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa 111,867.95 pada 22 Mei, BTCUSD telah pulih di tengah-tengah gabungan faktor teknikal dan fundamental. Walau bagaimanapun, pergerakan harga kini menunjukkan situasi kritikal. Jika harga menembusi paras sokongan utama pada 100,226.49 berkemungkinan akan menandakan berakhirnya aliran menaik semasa dan memberi isyarat permulaan fasa pembetulan yang lebih luas.
Dari sudut teknikal, penunjuk momentum menyokong pandangan berhati-hati. Walaupun kemunculan paras tetinggi dan terendah menunjukkan minat jualan asas, RSI kekal di atas paras neutral 50—menandakan tekanan kenaikan berterusan—manakala Pengayun Momentum juga kekal di atas garis dasar 100, mengukuhkan potensi kekuatan jangka terdekat. Selain itu, BTCUSD kini didagangkan di atas kedua-dua EMA tempoh 20 dan 50, mengekalkan kecenderungan menaik dalam jangka masa terdekat.
Namun begitu, sekiranya para 100,226.49 ditembusi, tumpuan akan beralih kepada zon sokongan seterusnya pada 98,041, 93,842, dan 83,512. Pergerakan ke dalam kawasan ini akan meningkatkan kebarangkalian pembetulan yang lebih dalam apabila struktur pasaran mula menunjukkan perubahan arah.
Sebaliknya, penembusan melepasi rintangan awal pada 110,557 akan menunjukkan bahawa momentum kenaikan kembali mengukuh. Pergerakan ini disahkan melepasi paras ini membuka ruang untuk ujian semula paras tertinggi sepanjang masa pada 111,868, dengan potensi untuk diteruskan ke arah sasaran jangka sederhana seterusnya sekitar 118,291.
Pada masa hadapan, pergerakan harga di sekitar paras teknikal utama ini akan menjadi instrumental dalam menentukan sama ada Bitcoin mengekalkan struktur kenaikan yang lebih luas atau mula beralih ke fasa pembetulan yang lebih berpanjangan.
Daripada pujian presiden hinggalah kepada penggunaan praktikal dalam ekonomi yang bergelut, kripto sedang mengukuhkan peranannya dalam kedua-dua dasar dan kewangan peribadi. Apabila momentum pengawalseliaan semakin meningkat—daripada kelayakan gadai janji kepada kelulusan ETF—aset digital terus bergerak ke dalam arus perdana kewangan. Sementara itu, pergerakan harga Bitcoin berada pada paras teknikal kritikal, menandakan kemungkinan pergerakan besar seterusnya. Sama ada didorong oleh perubahan politik, minat institusi, atau penerimaan global, naratif kripto terus berkembang—dengan pantas.