Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Pasaran berdepan minggu yang sibuk dengan keluaran data berimpak tinggi dari UK, Jerman dan AS, yang dijangka mencetuskan volatiliti ketara dalam mata wang utama. Angka inflasi, tinjauan PMI dan perkembangan dasar monetari kekal menjadi tumpuan ketika pelabur menilai keseimbangan antara momentum pertumbuhan yang semakin perlahan dan tekanan harga yang berterusan. Dalam masa sama, perubahan dasar monetari di New Zealand serta peningkatan langkah tarif dari AS menambah lagi ketidaktentuan terhadap prospek global.
Rabu 09:00 pagi (GMT+3) – UK: CPI t/t (GBP)
Khamis 10:30 pagi (GMT+3) – Jerman: PMI Pembuatan (EUR)
Khamis 10:30 pagi (GMT+3) – Jerman: PMI Perkhidmatan (EUR)
Khamis 11:30 pagi (GMT+3) – UK: PMI Pembuatan (GBP)
Khamis 11:30 pagi (GMT+3) – UK: PMI Perkhidmatan (GBP)
Khamis 16:45 (GMT+3) – AS: PMI Pembuatan (USD)
Khamis 16:45 (GMT+3) – AS: PMI Perkhidmatan (USD)

Sejak mencatat paras tertinggi 0.61191 pada 1 Julai, NZDUSD kekal dalam aliran menurun. Isyarat awal pembalikan dikesan melalui formasi ayunan kegagalan, disusuli pembentukan double crossover, dengan tekanan jualan semakin pesat selepas RBNZ menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas — tindakan yang melemahkan lagi mata wang tersebeut.
Secara teknikal, kenaikan ke paras 0.60421 gagal mengatasi puncak sebelumnya, manakala penembusan ke bawah paras terendah 0.59748 mengesahkan kesinambungan penurunan. Pergerakan ini turut bertepatan dengan pembentukan Death Cross, apabila EMA 20-tempoh menembusi ke bawah EMA 50-tempoh, sekali gus memperkukuh sentimen negatif. Harga kini kekal di bawah kedua-dua purata bergerak, dengan cerun menurun yang menunjukkan momentum menurun yang berterusan.
Kajian momentum turut menyokong prospek ini. Penunjuk Momentum kekal kukuh di bawah garis asas 100, menandakan tekanan jualan yang berterusan, manakala RSI terus bergerak di bawah paras neutral 50, mencerminkan ketiadaan keyakinan belian.
Sekiranya pembeli terus menguasai pasaran, pedagang boleh memberi tumpuan kepada empat paras rintangan berikut:
0.58552: Paras rintangan awal diunjurkan pada 0.58552, selari dengan paras rendah ayunan pada 1 Ogos.
0.59401: Sasaran harga kedua berada pada 0.59401, mewakili Pivot Point mingguan (PP) yang dikira menggunakan metodologi standard.
0.59946: Sasaran ketiga ditetapkan pada 0.59946, sepadan dengan paras tertinggi yang dicapai pada 13 Ogos.
0.60580: Sasaran tambahan dianggarkan pada 0.60580, merujuk kepada paras tinggi ayunan pada 24 Julai.
Sekiranya penjual mengekalkan kawalan pasaran, perhatian pedagang boleh tertumpu kepada empat paras sokongan berikut:
0.58080: Paras sokongan awal berada pada 0.58080, mewakili lanjutan Fibonacci 161.8% yang diukur daripada paras terendah 0.59035 ke paras tertinggi 0.60580.
0.57691: Paras sokongan kedua terletak pada 0.57691, selari dengan lanjutan Fibonacci 161.8% daripada paras rendah ayunan 0.58552 ke paras tinggi ayunan 0.59946.
0.56535: Sasaran penurunan ketiga dicatat pada 0.56535, sepadan dengan lanjutan Fibonacci 261.8% daripada paras terendah 0.59035 ke paras tertinggi 0.60580.
0.58080: Sasaran penurunan tambahan ditetapkan pada 0.58080, mencerminkan lanjutan Fibonacci 423.6% daripada paras rendah ayunan 0.58552 ke paras tinggi ayunan 0.59946.
Pada 20 Ogos 2025, Jawatankuasa Dasar Monetari Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengundi majoriti (4–2) untuk menurunkan Official Cash Rate (OCR) sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus. Keputusan ini mencerminkan kelembapan aktiviti domestik, dengan KDNK menguncup pada suku kedua, perbelanjaan isi rumah terus tertekan, dan kelemahan pasaran perumahan berlanjutan.
Inflasi tahunan CPI direkodkan pada 2.7 peratus pada Jun dan dijangka meningkat sementara kepada 3.0 peratus pada September, didorong oleh kenaikan harga makanan, tenaga, dan caj pentadbiran. Namun, inflasi dijangka kembali menghampiri sasaran pertengahan 2 peratus menjelang pertengahan 2026 apabila lebihan kapasiti dan permintaan domestik yang perlahan mengekang tekanan asas. Jawatankuasa menilai risiko prospek kekal seimbang dan memberi isyarat ruang untuk pengurangan OCR lanjut sekiranya inflasi jangka sederhana terus berkuragan seperti yang dijangkakan.
Dalam perkembangan lain, pentadbiran Trump memperluas tarif 50% terhadap keluli dan aluminium kepada 407 kategori tambahan, termasuk alat ganti kenderaan, jentera, plastik, bahan binaan, dan bahan kimia khusus. Jabatan Perdagangan AS menyatakan langkah ini bertujuan menutup kelemahan dasar serta memperkukuh industri keluli dan aluminium domestik.
Namun, ahli ekonomi memberi amaran peluasan ini boleh meningkatkan kos perniagaan dan pengguna dengan ketara. Anggaran menunjukkan tarif kini merangkumi sekurang-kurangnya $320 bilion import, berbanding sekitar $190 bilion sebelum ini, sekali gus menambah tekanan inflasi berasaskan kos dalam ekonomi AS.
Secara keseluruhan, pasaran global kini berdepan dengan kombinasi isyarat pertumbuhan yang semakin lemah, perubahan dasar bank pusat, dan ketegangan perdagangan yang meningkat. Dengan data inflasi dan PMI penting bakal dikeluarkan dari ekonomi utama, di samping pemotongan kadar RBNZ dan peluasan tarif AS, pedagang dijangka berdepan tahap volatiliti yang tinggi serta perlu berwaspada terhadap risiko penurunan dan potensi perubahan sentimen berasaskan dasar.